peNgikutPengikuT sH@H Official bLogspot yaNg DikaSIhi & DisaYanGi !!!

iMBas KemBali maSa daHulU kaLa !!

get this widget here

Monday, October 11, 2010

cInTa sEjaTi LanGit dAn LaUt

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka salingmenyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya lautterhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebabsangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama denga warnalaut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langitmendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidakmenjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terusjatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentusahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanyamahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputusasa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkandirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengahdi antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langitdan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Lautmengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggupandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Laludatanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit danlaut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkanawan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga iatidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagiuntuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasaterseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadaplangit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapatdipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizonyang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran..

No comments:

Post a Comment